Apa yang saya belajar mengenai perpaduan dan mengaitkan dengan sejarah ......
Menurut Abdul Rahman Abdul
Rashid (1989), sejarah mengajar kita supaya tidak mengulangi kesalahan dan
kelemahan yang menjadikan sesebuah negara itu mudah dijajah pemikiran, budaya
dan negaranya . Sistem pendidikan , melalui sistem persekolahan, merupakan
elemen yang penting bagi sesebuah negara dalam usaha menuju ke arah
membangunkan masyarakat dari segi ekonomi, politik, dan sosial. Sistem persekolahan bukan sahaja berperanan
untuk memberi pelajaran kepada masyarakat semata-mata, bahkan ia merupakan
saluran untuk menyampaikan kepada rakyat berkenaan dengan wadah perjuangan
negara yang sangat mementingkan nilai-nilai murni dalam masyarakat berbilang
kaum demi mencapai perpaduan. Malaysia adalah sebuah
negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, agama, dan adat resam di mana
ia dikenali sebagai masyarakat majmuk. Pelaksanaan sistem pendidikan yang
dijalankan perlu mengikut keperluan dan kesesuaian masyarakat Malaysia. Malah
Pendidikan Sejarah merupakan salah satu mata pelajaran yang penting untuk
memupuk semangat patriotisme dan perpaduan dalam diri setiap pelajar , guru ,
ibubapa dan masyarakat setempat yang lain .Mungkin orang yang lebih tua
daripada kita tidak sempat mempelajari Pendidikan Sejarah di sekolah akan
tetapi semangat patriotisme serta peristiwa-peristiwa yang memberi sejarah
kepada negara kita telah dapat menyedarkan mereka apa maksud perpaduan yang
sebenar . Persoalannya ialah sejauh mana Pendidikan Sejarah berjaya memupuk
perpaduan dan menyatupadukan masyarakat serta membina Negara Bangsa?
Pendidikan Sejarah yang diajar di
sekolah ataupun di tempat awam yang lain dapat mewujudkan ingatan bersama
terhadap peristiwa sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan
persefahaman . Tanggal 13 Mei 1969 tercetus satu detik hitam dalam lipatan Sejarah Negara .
Pertelingkahan kaum yang berlaku telah mengakibatkan negara kehilangan banyak
nyawa dan kerugian harta benda. Ia mempunyai kaitan rapat dengan Pilihanraya
Umum 1969 dan merupakan puncak manifestasi masalah perpaduan kaum di Malaysia.
Dalam pilihanraya tahun tersebut banyak isu sensitif telah dibangkitkan dan
ditimbulkan seperti bahasa kebangsaan , kedudukan istimewa orang Melayu dan hak
kerakyatan orang bukan Melayu . Dalam pilihanraya tahun 1969 , Parti Perikatan
gagal memperolehi majorirti dua per tiga dalam Dewan Rakyat manakala Parti
Gerakan Dan DAP yang berjaya memperolehi sebanyak 25 kerusi telah mengadakan
perarakan di Kuala Lumpur sambil menghina bangsa Melayu. Hal ini memberikan
tamparan hebat kepada orang Melayu dan akhirnya UMNO telah mengadakan perarakan
balas sebagai bantahan terhadap penghinaan parti DAP dan Gerakan. Dalam suasana
tegang dan penuh emosi maka tercetuslah peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut telah mengorbankan ramai
orang dan telah mengakibatkan kerugian harta benda yang banyak. Ia juga telah menyebabkan
negara kita telah menjadi tumpuan dunia. Sebenarnya, masalah 13 Mei ini
merupakan masalah perpaduan yang telah lama berakar umbi dalam masyarakat
majmuk Malaysia sebelum tahun 1969 lagi . Masalah ini telah disebabkan oleh
British yang telah memainkan peranan yang cukup besar untuk mewujudkan keadaan
sedemikian rupa . Setelah peristiwa itu
berlaku baru wujudnya Dasar Ekonomi Baharu serta Rukun Negara sebagai satu
ikrar yang harus dipatuhi untuk menyelesaikan masalah perpaduan ini . Apa yang
boleh saya jelaskan di sini adalah kesedaran tentang pentingnya perpaduan dan
pembinaan Negara Bangsa bermula selepas peristiwa hitam 13 Mei 1969 . Tegasnya
, Pendidikan Sejarah juga dapat mewujudkan persefahaman antara kaum akan kesedaran
yang diambil dari peristiwa rusuhan kaum sehingga berjaya menyatupadukan
masyarakat dan membina Negara Bangsa.
Berdasarkan Hj . Dr Syed
Ibrahim(2012) berkaitan sejarah
kemerdekaan negara kita , penjuang kemerdekaan dahulu begitu memainkan aspek
yang besar dalam memperjuangkan kemerdekaan di negara kita . Kita perlu tengok
kebelakang dan memperbaiki serta menambah
nilai untuk masa depan yang lebih gemilang . Kejatuhan sesuatu bangsa
juga disebabkan kurangnya mengkaji sejarah terdahulu . Kita ambil sedikit
contoh mengenai mereka yang telah memperjuangkan kemerdekaan seperti Mat Salleh
. Mat Salleh ini merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam memberi tentangan
yang hebat kepada penjajahan Inggeris di Sabah . Detik perjuangan Datu Mat
Salleh menentang pencerobohan dan keganasan Syarikat Hindia Timur Inggeris
bermula pada bulan Julai 1897 . Dalam masa pertempuran itu , Mat Salleh yang
telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun menemui ajalnya pada 31 Januari
1900 . Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang pemberontak,
tetapi bagi rakyat tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan
. Pada pendapat saya , Mat Salleh merupakan seorang pejuang yang berani dan
sanggup mengorbankan nyawanya demi untuk membebaskan negerinya daripada dijajah
British . Tegasnya , apabila kita mempelajari pendidikan sejarah , kita dapat
bersyukur mempunyai pejuang kemerdekaan yang sanggup bergadai nyawa demi
memerdekakan negeri-negeri mereka daripada penjajah . Selain itu , semangat
patriotisme dan perpaduan antara masyarakat semakin utuh kerana menghargai jasa
pengorbanan penjuang-penjuang kemerdekaan seperti Mat Salleh , Tok Janggut .
Rentap dan sebagainya . Oleh itu , apabila kita mempelajari Pendidikan Sejarah
, kita akan belajar mengenai penjuang-penjuang kemerdekaan sekaligus dapat memupuk perpaduan dan
pembinaan masyarakat yang bersatu padu dan membina Negara Bangsa yang wujud
sehingga ke hari ini .
Menurut Maruwiah Ahmat (2010)
, Mata Pelajaran Sejarah dapat memupuk jati diri, akal budi, semangat cintakan
tanah air yang mendalam kepada setiap pelajar. Ia juga mempunyai kaitan dengan
prinsip kedua dan ketiga dalam Rukun Negara iaitu melalui mata pelajaran
Sejarah akan dapat memupuk kesetiaan kepada raja dan negara serta memahami
keluhuran perlembagaan . Melalui pendidikan Sejarah juga seseorang itu akan
memahami keluhuran perlembagaan negara yang memberi perlindungan kepada setiap
anggota masyarakat di negara ini dari segi melindungi hak dan keistimewaan
mereka sebagai warganegara . Selain itu, dapat memahami bagaimana negara ini
mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 . Perlembagaan juga meletakkan rasa
tanggungjawab dan kewajipan warga negara yang mendukungnya . Sejajar dengan itu, masyarakat
harus menghormati, menghargai serta memahami maksud dan kandungan serta latar
belakang penggubalannya bagi memastikan Malaysia terus aman, makmur dan maju
dalam segenap bidang . Oleh sebab Perlembagaan Negara digubal berasaskan
kesepakatan semua kaum di negara ini, maka ia merupakan kontrak sosial rakyat
yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat mana-mana pihak . Perlembagaan
Negara juga adalah sumber rujukan kepada semua perkara berkaitan dengan sistem
pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio ekonomi rakyat Malaysia . Mereka yang tidak memahami sejarah
sahaja akan mempertikaikannya . Maka apabila pendidikan sejarah berjaya
disampaikan kepada setiap penjuru individu hingga sampai kepada lubuk hati
mereka , ia berjaya mewujudkan perpaduan dan masyarakat yang bersatu padu
sekaligus membina sebuah Negara Bangsa .
Pendidikan Sejarah juga mengajar
kita supaya tidak mengulangi kesilapan yang pernah kita alami sebelumnya . Kita
mengambil contoh bagaimana Pulau Pinang dirampas oleh British daripada Negeri
Kedah dengan secara tidak disedari . Kedudukan Pulau Pinang di permulaan Selat
Melaka telah membangkit minat Syarikat Hindia-Timur British untuk
menggunakannya sebagai sebuah pelabuhan untuk kapal-kapal perdagangannya dan
juga sebagai sebuah pangkalan tentera laut untuk menentang cita-cita orang
Perancis di wilayah . Tanpa pengetahuan Sultan Muhammad Jiwa, Francis Light
telah membuat perjanjian pemberian perlindungan askar tanpa kebenaran Syarikat
Hindia-Timur British. Apabila syarikat gagal dalam membantu Kedah sewaktu ia
diserang oleh Siam, Sultan Kedah cuba mengambil kembali Pulau Pinang pada 1790.
Malangnya , pencubaan itu gagal dan Sultan Muhammad Jiwa terpaksa menyerah hak
kepada SHTI dengan hanya bayaran kehormat sebanyak 6,000 dolar Sepanyol
setahun. Bayaran ini dinaikkan kepada 10,000 dolar kemudian , dengan penyerahan
Seberang Perai (Province Wellesley) pada 1800. Sehingga hari ini, pembayaran
diteruskan oleh kerajaan pusat Malaysia yang membuat pembayaran kepada negeri Kedah
. Pada 1826, negeri Pulau Pinang, bersama-sama dengan Melaka dan Singapura,
menjadi sebahagian Kawasan Penempatan Selat di bawah pentadbiran British di
India . Kesimpulan daripada
peristiwa tersebut telah menunjukkan bahawa kita perlu menyelidik dahulu siapa sebenarnya orang yang
sedang membuat perjanjian dengan negeri kita dan impak selepas membuat
perjanjian supaya negeri atau negara kita sendiri tidak dianiaya seperti itu
lagi . Tegasnya , iktibar dari peristiwa yang lepas penting dalam Pendidikan Sejarah
supaya seluruh masyarakat tidak
mengulangi perkara hitam yang sama . Oleh
itu , perpaduan dan pembinaan masyarakat yang bersatu padu dapat dipupuk serta
dapat membina Negara Bangsa apabila seluruh komuniti masyarakat berhati-hati
dalam berhubungan dengan orang dalam dan orang luar yang cuba menjajah kita
mahupun menjajah pemikiran dan Negara kita sendiri .
Kesimpulannya , Pendidikan Sejarah
mampu memupuk perpaduan dan menyatupadukan masyarakat yang bersatu padu dan
membina Negara Bangsa kerana Pendidikan Sejarah sendiri mempunyai peristiwa-peristiwa
sebelum dan selepas kemerdekaan serta mengandungi pelbagai iktibar dan
pengalaman yang pahit sebelum Negara Malaysia menjadi aman sehingga kini . Saya
berani menyatakan bahawa negara kita sendiri sudah terlihat tanda-tanda
diskriminasi kaum selepas Pilihanraya Umum ke-13 . Akan tetapi ianya berlaku
kepada mereka yang terlalu obses terhadap pemimpin-pemimpin yang mereka sokong
sahaja . Perkara ini hanya berlaku semasa beberapa bulan sebelum PRU ke-13
berlansung dan beberapa minggu selepas PRU ini terlaksana . Setelah itu ,
keadaan menjadi seperti biasa semula , dan saya dapat lihat sendiri masyarakat
sudah boleh bersatu semula amnya di kawasan perumahan saya sendiri. Saya juga berpendapat
bahawa dengan bersatunya pelbagai kaum dan masyarakat di Malaysia , perpaduan
dan pembinaan masyarakat yang bersatu padu dan membina sebuah Negara Bangsa
dapat dipupuk hasil dengan mempelajari dan menghayati Pendidikan Sejarah dengan
mata hati . Umumnya , pembinaan perpaduan di Malaysia bermula selepas rusuhan
kaum pada 13 Mei 1969 yang menyaksikan pertumpahan darah di antara kaum . Ini telah membuka mata pelbagai pihak
tentang kepentingan untuk menjaga sensitiviti yang terdapat dalam masyarakat
majmuk . Menyentuh satu peribahasa yang sinonim dengan esei yang berkaitan
perpaduan dan pembinaan Negara Bangsa iaitu ‘ bersatu kita teguh , bercerai
kita roboh ‘ . Ianya bermaksud kita harus bersatu padu dengan pelbagai kaum
agar muafakat dapat dicapai dan pergaduhan dan salah faham dapat dielakkan .
Kepada point 4,kehapusan sekolah vernakular merupakan bencana untuk perpaduan Malaysia.Contohnya, singapura menggunakan pendidikan vernakular,tetapi tidak menghasilkan pengasingan antara rakyatnya,mala meraka dapat hidup bersama-sama secara aman.Perpaduan tidak menggunakan assimilasi budaya kaum untuk mencapainya,tetapi meresapkan budaya lain yang baik untuk semua orang.
ReplyDeleteHard Rock Casino, Larcham, CA - MapyRO
ReplyDeleteHard Rock Casino, Larcham, CA. View real-time 여수 출장마사지 driving directions 바카라 사이트 to Hard Rock 제천 출장안마 Casino, Larcham, CA, based on live traffic 순천 출장안마 updates and road conditions – from 대전광역 출장마사지