Sunday, 8 September 2013

MARI MEMBACA DENGAN TEKNIK YANG BERKESAN

Kemahiran belajar


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca blog saya , pada hari ini saya nak menerangkan tentang teknik membaca secara cepat dan perlahan . Baiklah , apa yang saya pelajari di Institut Pendidikan Guru ini melalui subjek Generik Kemahiran , teknik membaca ada dua iaitu pembacaan cepat dan pembacaan perlahan .

Pertamanya saya akan menjelaskan serba sedikit mengenai Teknik Membaca SQ3R. SQ3R ialah teknik membaca kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961) . Ia merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan.SQ3R adalah singkatan bagi;

S (survey)     tinjau

Q (question) soal/tanya

R (read)       baca

R (recite)     imbas kembali atau nyatakan secara lisan

R (review)   baca semula

Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung di dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau  teks . Di sini juga pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming dan scanning.

Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan ianya menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut.

Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah disenaraikannya sebelum ini. Ketika membaca , pelajar mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya.

Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga . Setelah selesai membaca , pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya . Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada kepada nota atau bahan yang telah dibaca .

Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir . Pelajar membaca bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang tertinggal .

Seterusnya , mengenai teknik pembacaan cepat . Teknik ini sesuai digunakan untuk pembacaan bahan yang ringkas seperti sesuatu petikan mahupun bahan bacaan yang lebih panjang seperti buku, jurnal dan majalah . Dalam pembacaan sesuatu petikan , kita hanya memberi perhatian kepada idea penting setiap perenggan untuk mendapat gambaran umum . Idea-idea khusus sengaja diabaikan . Dalam pembacaan sesebuah buku pula. fokus kita diberikan  kepada bahagian tertentu di dalam buku itu seperti pengenalan, prakata, isi kandungan, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan indeks untuk mendapat gambaran umum tentang perkara yang dibaca.

Selain itu , teknik pembacaan perlahan adalah untuk mendapatkan maklumat yang khusus dan bukan untuk mendapat gambaran keseluruhan sesuatu bahan bacaan . Pembacaan cara ini boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu yang difikirkan kurang penting. Ketika kita membaca, kita akan menggerakkan mata kita dari atas ke bawah dengan pantas mengikut muka surat petikan yang dibaca sambil menberi tumpuan kepada maklumat yang dicari. Oleh yang demikian, pembacaan cara ini adakah lebih cepat daripada pembacaan cara skimming.

Dalam konteks pembelajaran,  teknik pembacaan cepat dan perlahan (skimming dan scanning) boleh digunakan bersama . Biasanya, kita boleh membaca cara pembacan cepat (skimming) untuk menentukan kesesuaian sesuatu bahan bacaan . Jika bahan berkenaan itu didapati sesuai maka kita boleh menggunakan teknik pembacaan perlahan (scanning) untuk mendapatkan maklumat khusus yang dicari.

Okay , sampai disini sahaja yang ingin saya kongsikan mengenai kemahiran belajar, teknik membaca . Apabila kita membaca , kita memerlukan satu teknik untuk membaca secara sistematik tanpa terhuru hara dan sentiasa fokus kepada setiap isi penting yang dibaca .

No comments:

Post a Comment