Wednesday, 11 September 2013

CONTOH PENULISAN REFLEKSI GAYA KANAK-KANAK RIANG

           


           Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya menguniakan kesihatan dari segi fizikal dan mental sepanjang menyempurnakan tugasan projek bagi subjek Generik Kemahiran Belajar . Ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah bimbingan Pn . Hajah Aziziah binti Abd. Samad kerana banyak mencurahkan ilmu serta pergetahuan kepada saya ketika  mempelajari subjek ini . Ilmu yang disampaikan sangat berguna dan bermanfaat kepada saya khususnya berkaitan dengan cara membuat blog ini dalam mengaplikasikannya pada tugasan yang perlu saya sempunakan. Terima kasih juga diucapkan kepada semua rakan seperjuangan yang banyak memberi dorongan serta serta semangat sama ada secara langsung atau tidak langsung. 
            Semasa mendapat tugasan ini, saya berasa takut dan pada waktu yang sama saya berasa sungguh gembira .Hal ini kerana , saya perlu melaksanakan secara berseorangan dalam membuat blog tetapi yang membuatkan saya gembira , saya membuat persembahan slaid siaran bersama dua sahabat saya iaitu Nurul Affa dan Nabilah Nasriyah . Namun, dengan semangat yang berkobar-kobar untuk melaksanakan tugasan yang diberikan , saya berjaya menyiapkan tugasan ini secara sempurna dua hari sebelum tugasan ini dihantar . Maklumat berkaitan dengan tugasan ini perlu dikumpul datanya semasa saya menjalani proses pembelajaran Tiada kata mampu diungkap melainkan ucapan syukur kepada tuhan kerana memudahkan saya sehingga berjaya menyiapkan tugasan bagi subjek “Generik Kemahiran Belajar  “ yang berkaitan dengan cara pembelajaran berkesan .

Bercerita mengenai pengalaman semasa melakukan tugasan ini , saya tidak banyak berfikir secara meluas . Pada mulanya saya ingin memilih untuk membuat blog dengan menggunakan pelbagai warna yang menarik perhatian saya . Kemudian , saya sukar untuk memilih warna yang cantik , akhirnya saya memilih untuk meletakkan satu warna sahaja iaitu warna coklat cair yang begitu sedap mata memandang .  Kemudian , warna tersebut tidak terlalu berlebihan kerana saya mahu setiap pelawat blog terlalu serabut melihat blog saya maka saya menciptakan blog yang begitu ringkas warna dan coraknya .

Pengalaman pahit yang saya lalui ketika membuat tugasan ini adalah saya tidak mendapat sumber yang tepat berkaitan Kemahiran Belajar kerana Perpustakaan Awam Hulu Langat tutup ketika cuti minggu baru-baru ini maka saya telah memilih jalan yang terbaik iaitu internet . Akan tetapi , malangnya segala informasi yang saya inginkan tidak terlalu syumul . Di samping itu , saya agak lemah menggunakan internet dan mencari bahan yang betul dan bersesuaian yang tajuk . Jadi saya hanya menggunakan logik akal dan pengetahuan umum yang telah sedia ada untuk mengesan sumber yang betul . Konklusinya , saya berjaya menguasai penggunaan internet dalam mencari bahan setelah berusaha menilai sumber itu sendiri. Maka , saya menjumpai jalan penyelesaian yang tepat iaitu saya mencari dan memilih isi yang sedikit tepat di internet dan pusat sumber. dan mencatat segala nota yang telah diberi oleh guru .

            Bercerita mengenai pengalaman seterusnya , semasa menjalani tugasan projek , saya begitu tertekan kerana saya tidak dapat menghasilkan satu blog yang menarik bagi diri saya sendiri sehinggakan pensyarah saya iaitu Pn.Hajah Azizah menegur blog saya yang begitu banyak corak sehinggakan pensyarah saya berasa pening kepala apabila melihatnya . Lalu saya belajar untuk membuat satu blog yang begitu ringkas dan tidak terlampau padat . Mungkin tiada siapa yang mampu melihat pengalaman saya yang begitu teruja untuk membuat blog mengenai apa yang saya pelajari tetapi ianya sungguh menarik perhatian saya . Bayangkan , saya dan rakan-rakan saya disuruh untuk mengemaskini pos di dalam blog mengenai apa yang saya belajar di Institut Pendidikan Guru ini sepanjang saya menuntut ilmu di sini . Lalu , saya bercerita mengenai kerja khusus dan tajuk-tajuk yang dibangkitkan dalam kelas kerohanian di surau kami pada waktu malam di BISA.

            Pengalaman saya yang kedua sepanjang melakukan kerja khusus ini adalah kami diberi peluang untuk menyampaikan maklumat yang cuba kami sampaikan menerusi persembahan paparan slaid  . Hal ini kerana , saya boleh merasai pengalaman menjadi seorang guru berkaliber sambil menggunakan perisian komputer sebagai bahan utama . Daripada pengalaman itu , saya menjadi seseorang yang matang ketika menyampaikan sesuatu kerana saya telah mengkaji dan mempelajari dahulu sebelum saya menyampaikan sesuatu kepada yang kawan-kawan saya .

            Pengalaman saya yang seterusnya adalah saya dapat mengaplikasikan penggunaan komputer dengan lebih baik daripada sebelum ini . Hal ini kerana , saya tidak selalu membuat pengurusan grafik ketika menggunakan perisian komputer iaitu  ‘microsoft power point’ . Akan tetapi , dengan bantuan pensyarah kami , kami belajar mengemaskini pengurusan grafik dengan lebih baik dan lebih menarik . Sebenarnya , saya tidak pandai menggunakan perisian ini sama sekali kerana saya selalu menyuruh sahabat saya ketika menuntut di sekolah menengah dahulu untuk membuat paparan slaid ini , jadi saya tidak merasai pengalaman itu sendiri sehingga saya belajar di sebuah institusi yang mendidik seorang bakal guru untuk berusaha sendiri melakukan sesuatu .

            Kesimpulannya , apa yang boleh saya simpulkan melalui keseluruhan tajuk ini ialah berkaitan dengan  subjek Generik Kemahiran Belajar adalah saya belajar bagaimana untuk menjadi seseorang yang mempunyai kemahiran dalam teknologi seperti penggunaan blog dan komputer . Selain itu , saya bersyukur sekali lagi kerana diberi peluang untuk mempelajari dan melaksanakan kerja kursus bagi subjek Kemahiran Belajar ini. Hal ini kerana, banyak maklumat dan ilmu baru yang saya perolehi melaluinya . Di samping itu juga, menyedarkan saya betapa pentingnya pengetahuan ini dalam melengkapkan lagi diri saya ke arah seorang bakal guru yang berprofesional serta peka dengan cara untuk belajar secara efektif untuk mendidik anak murid saya mengenai cara pembelajaran dengan betul .  

Tuesday, 10 September 2013

Sejarah Sosioekonomi sehingga 1970 : Sejauh mana hasrat perpaduan nasional dicapai menerusi Rancangan Pembangunan Ekonomi Lima Tahun

Menurut seorang penulis buku sejarah , Dr Ishak Saat (2009) ,beliau menyatakan dalam sesebuah masyarakat majmuk , tunjang perpaduan terletak kepada hubungan baik antara kaum . Bagi merealisasikan perpaduan dalam sesebuah masyarakat, kerjasama dan tolak ansur antara mereka amat penting demi memastikan kesejahteraan hidup dapat dikecapi . Malaysia merupakan sebuah negara yang paling istimewa sekiranya dibandingkan dengan negara–negara lain di dunia ini . Perpaduan nasional didefinisikan satu keadaan dimana rakyat daripada pelbagai kumpulan etnik dan agama serta wilayah hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan kepada perlembagaan persekutuan dan Rukun Negara  . Tidak dapat dinafikan Rancangan Ekonomi lima tahun (1956-1970) iaitu fasa pertama dan merupakan satu titik permulaan untuk menyatupadukan rakyat .

           Selepas mendapat kemerdekaan , kerajaan telah meberi perhatian untuk melaksanakan rancangan pembangunan untuk mengatasi pelbagai masalah sosioekonomi yang diakibatkan oleh dasar penjajahan British (P.Sivarajan&S.Malar Arasi , 2012) . Oleh itu , kerajaan telah menggubal rancangan-rancangan pembangunan untuk mengatasi masalah sosioekonomi . Secara umumnya rancangan pembangunan lima tahun mempunyai tiga tujuan utama dan tujuan paling utama adalah untuk memperbetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud di antara kaum bagi memupuk perpaduan Negara . Hal ini kerana perpaduan kaum dapat dipupuk melalui satu aktiviti yang dapat menyatupadukan masyarakat berbilang kaum iaitu Rancangan Pembangunan Ekonomi itu sendiri . Persoalannya , sejauh manakah rancangan ekonomi lima tahun (1956-1970)  berjaya memupuk perpaduan nasional?

            Menurut  Hj.Dr.Syed Ibrahim (2007) , pada peringkat awalnya , Rancangan Ekonomi Lima tahun tertumpu kepada pembangunan luar bandar . Pada lima tahun pertama , dari tahun 1956-1960 iaitu Rancangan Malaya pertama bermatlamat membangunkan sektor ekonomi luar bandar bagi merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar bandar dan bandar dan mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan masyarakat luar bandar.  Rasional matlamat itu adalah untuk menyatupadukan masyarakat China dan India yang bekerja di bandar dalam sektor perladangan dan perlombongan dengan masyarakat Melayu yang bekerja di luar bandar agar pembangunan ekonomi dan perpaduan dapat dinikmati bersama . Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) banyak membantu melicinkan matlamat Rancangan Malaya Pertama supaya perpaduan dapat dicapai antara kaum india,cina dan melayu . Menurut matlamat ini , ia lebih menyamatarafkan masyarakat di luar bandar dan bandar .Sebagai contoh, masyarakat bagi kaum india dan melayu lebih tertumpu dengan aktiviti ekonomi di luar bandar dan masyarakat kaum cina lebih tertumpu aktiviti ekonominya di bandar sebelum rancangan ini diusulkan dan dimulakan . Dengan menjalankan matlamat ini, ianya dapat menyatupadukan masyarakat pelbagai kaum ketika itu sama ada yang miskin , kaya serta berlainan kaum atau kulit sekalipun kerana masyarakat yang menetap di luar bandar dan bandar disatukan melalui aktiviti ekonomi maka setiap kaum itu bersaing dengan cara yang sihat tanpa sikap pilih kasih, ia dilakukan dengan adil .Kebersanan Rancangan Malaya Pertama dapat dilihat apabila perkhidmatan kesihatan , pendidikan dan perhubungan  berjaya disediakan . Pokok pangkalnya , apabila menggunakan akal yang dianugerahkan tuhan , apabila perkhidmatan itu telah berjaya disediakan maka perpaduan terhasil antara pelbagai kaum . Hal ini kerana seluruh komuniti masyarakat itu akan menggunakan segala kemudahan bersama . Tapi malangnya , percapaian Rancangan Malaya Pertama kurang menggalakkan kerana ancaman menghadapi komunis Malaya seperti semasa darurat ,duit pada ketika itu banyak disalurkan kepada tentera dan harga getah dan biji timah turun.

            Tumpuan utama Rancangan Malaya Kedua(1961-1965) adalah untuk menyediakan lebih banyak kemudahan asas dan menggalakkan kepelbagaian ekonomi di kawasan luar bandar . Matlamat rancangan tersebut adalah untuk meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar , menambah peluang pekerjaan , mempelbagaikan pertanian dan perusahaan dan memperbanyakkan kemudahan sosial . Dua strategi pelaksanaan diperkenalkan melalui rancangan ini . Strategi pertama ialah menggalakkan penyertaan rakyat dalam perancangan program pembangunan dan pelaksaan dan strategi kedua ialah perancangan program oleh kerajaan berdasarkan permintaan masyarakat tempatan .Apabila matlamat seperti menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat diusulkan dan berjaya dilakukan ketika itu , pelbagai kaum disatukan ketika bekerja dan dalam pada masa yang sama kemiskinan berjaya dibasmikan dengan hasil titik peluh mereka yang dibayar dengan sejumlah wang . Selain itu , apabila pihak kerajaan menyediakan badan-badan yang mengalakkan masyarakat majmuk itu tadi terlibat dalam aktiviti ekonomi , mereka akan berusaha untuk menjalankan aktiviti ekonomi tersebut dengan bekerjasama dengan masyarakat lain . Sekali lagi , hasrat perpaduan nasional tidak mampu dicapai sepenuhnya kerana matlamat yang ditumpukan terhadap bidang ekonomi tidak begitu memuaskan akan tetapi , hasrat untuk mencapai perpaduan nasional masih diteruskan .

             Dengan kemasukan Negeri Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 , Rancangan Pembangunan Negara telah diasaskan pada tahun 1963, Rancangan Pembangunan Negara telah diasaskan pada satu rancangan bersepadu .Dalam Rancangan Malaysia Pertama(1966-1970) ini beberapa matlamat telah dirangka dan perbaharuan telah dibuat . Rancangan Malaysia Pertama merupakan rancangan yang memastikan semua program pembangunan mengutamakan kesejahteraan rakyat dan lebih tertumpu kepada memesatkan pembangunan ekonomi dalam perindustrian , perusahaan dan perdagangan . Bank Bumiputera juga ditubuhkan untuk mendorong penyertaan bumiputera .Apa yang kita dapat lihat dan perhatikan adalah kerajaan berusaha memastikan semua program pembangunan yang dijalankan berlangsung secara am dan kesejahteraan rakyat diutamakan . Pihak kerajaan yang turut membantu adalah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Nasional Berhad  (PERNAS),  Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian (MARDI) dan Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA).

               Malangnya pada Rancangan ekonomi yang berlangsung pada (1966-1970) iaitu pada 13 Mei 1969. Berlaku peristiwa rusuhan kaum yang telah mengancam ketenteraman dan keamanan Negara akibat pebezaan ideologi selepas pilihanraya umum dan menyebabkan banyak harta benda musnah . Masalah perpaduan dicapai semuanya berpunca daripada dasar british ketika menjajah Tanah Melayu .Ketiga-tiga golongan penduduk  utama dan terbesar ini iaitu melayu, cina dan india bukan sahaja ditempatkan di tempat yang berbeza malah  jenis pekerjaan dan ekonomi yang berbeza .Selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan , didapati orang cina pula menguasai bidang perniagaan dan bidang ekonomi yang lain . Golongan bumiputera terus bimbang kerana takut menjadi miskin di tanah air sendiri manakala orang cina dan india bimbang akan syarat-syarat hak kerakyatan mereka . Walaupun dasar perpaduan yang khusus tidak wujud di zaman penjajahan , namun rakyat di Negara ini tetap dapat hidup dengan aman . Namun begitu , keamanan tergugat dengan tercetusnya salah faham di antara kaum iaitu peristiwa hitam 13 Mei 1969 . Peristiwa tersebut berlaku selepas Pilihanraya 1969 dimana Parti Perikatan telah mendapat kemenangan dengan majoriti yang kurang memuaskan walaupun cukup untuk membentuk kerajaan .Parti-parti pembangkang yang mendapat kemenangan dan bilangan kerusi yang bertambah telah merayakan kemenangan mereka sambil berarak di Kuala Lumpur sambil menghina orang Melayu . Penghinaan itu telah menyebabkan orang Melayu melakukan tindak balas dan telah mencetuskan pergaduhan sehingga ramai yang terkorban dan kerosakan harta benda . Kesan dari peristiwa tersebut menandakan Malaysia memerlukan satu dasar perpaduan yang membolehkan mereka hidup bersama .

Dan pada ketika itu , Majlis Gerakan Negara mengambil alih pentadbiran Negara bagi mengembalikan keamanan , melicinkan pentadbiran dan mengembalikan keharmonian kaum .Majlis Perundingan Negara turut membincangkan isu perpaduan Negara ketika itu dan menekankan pembentukan ideologi Negara iaitu Rukun Negara yang diisytiharkan pada 31 0gos 1970. Bermula daripada itu semua kaum dapat disatukan , dan hasrat perpaduan nasional yang diimpikan Malaysia mula dicapai ketika itu .Pada tahun 1970 juga , kerajaan telah melancarkan Dasar Ekonomi Baru dan pada tahun yang sama kerajaan telah bertindak tegas terhadap penggunaan Bahasa Melayu sebagai satu wasilah untuk mengekalkan perpaduan .
               Kemakmuran Malaysia pada hari ini hasil daripada satu proses sejarah yang panjang dan penuh dengan kisah-kisah yang menyulitkan .Selain itu , kita dapat lihat perpaduan yang wujud di Malaysia pada hari ini sesungguhnya merupakan sebuah nikmat kebahagiaan yang telah melalui satu jalan  yang agak mendukakan antara masyarakat peribumi dengan bukan peribumi. Proses ini mengambil masa yang agak panjang melalui Rancangan Ekonomi Lima  tahun daripada (1956-1970). Melalui proses sejarah yang dilalui oleh negara kita , maka hari ini kita boleh lihat  keutuhan perpaduan nasional di Malaysia terdiri daripada bangsa Melayu, Cina , India dan bangsa lain . Kedatangan penjajah telah membawa bangsa lain di sini dan menyebabkan lama kelamaan bangsa ini telah berkembang dan beranak pinak sehinggalah zaman penjajahan berakhir . Justeru itu, ada di antara mereka memilih untuk pulang ke negara asal dan tidak kurang pula yang ingin terus menetap disini dan menjadi warganegara Tanah Melayu ketika itu .

               

Cabaran dan isu semasa : isu jerebu

1.0 Pendahuluan
Pelepasan sisa pembakaran ke udara dalam kadar yang tinggi boleh menyebabkan proses sebaran atau serakan udara tidak berupaya mencampur dan mengangkut bahan pencemar secara efektif . Akibatnya , wujud fenomena pencemaran udara seperti jerebu di wilayah berkenaan . Bahan pencemar yang meningkat kepekatannya akibat kelemahan proses serakan udara boleh memberi impak negatif khususnya kepada kesihatan manusia (williamson 1973) dan juga kesihatan ekosistem fizikal (Sham 1980).

Umumnya , punca pencemaran udara di sesuatu kawasan boleh dikaitkan dengan dua sumber iaitu sumber tempatan dan sumber luaran . Sumber tempatan yang paling ketara termasuklah kenderaan bermotor , tapak pelupusan sampah , kilang Industri dan juga tapak  pertanian(JAS 1989). Sumber luaran pula bermaksud pergerakan sumber pencemar yang merentas sempadan Negara Malaysia dan membentuk episod jerebu yang dasyat terutamanya di kawasan berdekatan pinggir pantai dan tanah rendah . Episod jerebu merentas sempadan ini boleh dikatakan telah menjadi satu ‘fenomena tahunan’ di Malaysia khasnya di bulan-bulan kering .

Selain itu , perubahan kadar kepekatan bahan pencemar banyak juga bergantung kepada faktor tempatan seperti aktiviti penggunaan kenderaan bermotor . Secara teorinya . pada waktu pagi dan waktu petang didapati kenderaan bermotor menjadi punca utama peningkatan bahan pencemar di atmosfera peringkat rendah di kawasan Bandar . Di samping itu , hari-hari kerja iaitu Isnin hingga Jumaat banyak menghasilkan bahan pencemar udara berbanding dengan Hari sabtu dan Ahad . Fakta ini terbukti benar hasil kajian yang telah dilakukan dikawasn Kuala Lumpur-Petaling Jaya(Sham&Shaharudin 1976) .

2.0 Isu jerebu

Pada Jun 2013 , berlaku fenomena jerebu sekali lagi di Malaysia akibat pembakaran hutan yang tidak terkawal di Kalimantan, Indonesia . Hal ini telah menyebabkan Negara yang berdekatan dengan Indonesia umumnya Singapura dan Malaysia terkena tempiasnya . Fenomena jerebu paling teruk berlaku di Singapura dan Negeri Johor . Hal ini telah menggusarkan ramai pihak umumnya pelajar sekolah dan IPT yang perlu untuk menyambung pembelajaran di tempat masing-masing . Justeru , pihak atasan seperti Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengarahkan sekolah-sekolah berkenaan ditutup buat sementara waktu khususnya di Johor .

            Pencemaran udara di Malaysia khususnya episod jerebu mempunyai pertalian kuat dengan kehadiran titik panas yang dicerap imej satelit di Pulau Sumatera, Indonesia. Kajian lepas telah menunjukkan kehadiran musim kering yang berpanjangan kesan daripada amalan pembakaran terbuka di kawasan pertanian luas di Sumatera menjadi faktor penyebab dan penggalak episod jerebu di Malaysia . Oleh itu , kerajaan cuba menganalisis bencana jerebu terhadap manusia dan alam sekitar di Malaysia . Tidak terlepas juga untuk menganalisis bencana jerebu bulan Ogos 2005 dan Jun 2013 . Sebenarnya , pergerakan angin barat daya yang lemah telah memburukkan keadaan jerebu di Pantai Barat , Semenanjung Malaysia . Dapatan awal ini menunjukkan terdapat kebiasaan perubahan kepekatan pencemar akibat perubahan arah dan kelajuan angina lazim barat daya semasa episode berkenaan .

3.0Konsep jerebu

Jerebu dengan pencemaran udara mempunyai kaitan yang amat rapat . Sebenarnya , apabila kita melakukan aktiviti pelepasan karbon dioksida terlalu banyak seperti asap kenderaan , kilang dan pembakaran terbuka , ia menyebabkan pembebasan karbon dioksida terlalu banyak di atmosfera sehinggakan tumbuh-tumbuhan tidak mampu untuk menyerap karbon dioksida yang terlalu banyak untuk menghasilkan proses fotosintesis dengan lancar . Oleh itu , ia adalah penyebab berlakunya jerebu di Negara Malaysia kita . Sejak zaman dahulu lagi isu jerebu yang berpunca daripada pencemaran alam sekitar ini telah menjadi bahan wacana masyarakat .

 Hal ini disebabkan oleh impak  pembangunan dari segi kualiti hidup dan ia sering dikaitkan dengan faktor pencemaran , contohnya kajian impak pembangunan terhadap kualiti kehidupan di bandar Kuala Lumpur. Hal ini kerana proses kehidupan di bandar lebih terdedah kepada risiko impak  pembangunan yang negatif berbanding di kawasan luar bandar. Malah, bandar merupakan pusat tamadun manusia yang memerlukan pemantauan tahap kualiti hidup yang berterusankerana terdapat pelbagai masalah alam sekitar yang mengiringi setiap pembangunan, salah satunya ialah masalah jerebu . Jerebu boleh didefinisikan sebagai kehadiran sesuatu bahan asing di dalam udara selain daripada kandungan udara tulen dan bersih yang boleh membawa kesan buruk kepada manusia dan juga  tumbuhan  termasuk  berbagai  jenis binatang. Contohnya jelas sekali dengan apa yang berlaku kini di Malaysia adalah fenomena berulang selepas jerebu yang berlaku pada 0gos 2005 dan mempunyai faktor yang sama iaitu pembakaran terbuka yang telah membebaskan begitu banyak gas beracun ke atmosfera .

Cara kita nak mengenal jerebu adalah asap jerebu baunya seperti asap kebakaran , dan sangat busuk . Selain itu , cuacanya agak panas akibat lapisan ozon yang mulai nipis akibat tidak dapat manampung gas beracun yang terlalu banyak . Selain itu , penglihatan kita mulai kabur kerana asap jerebu mampu menutupi seluruh awan dan persekitaran kita . Apabila kita menyedari mengenai hal ini , kita seharusnya memakai topeng pelindung mulut secara konsisten agar tidak menghidu asap jerebu dan menghindarkan diri kita daripada mendapat sebarang penyakit .

4.0 Faktor berlakunya jerebu di peringkat global

Sebenarnya, masalah jerebu berpunca daripada kegiatan manusia sendiri iaitu pertamanya melalui pambakaran hutan secara besar-besaran tanpa menimbangkan kesan terhadap alam sekitar.  Contohnya, asap tebal hampir menjadi masalah tahunan kepada Singapura dan Malaysia, selalunya bermula pada pertengahan tahun apabila peladang di Indonesia membersihkan ladang secara murah dengan membakarnya.  Maklumat daripada ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) juga menunjukkan lingkaran asap jerebu dari kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia hingga ke selatan Pantai Barat Semenanjung.  Keadaan ini telah menyebabkan Malaysia mengalami masalah jerebu yang membimbangkan.

         Selain itu, faktor yang memburukkan lagi keadaan ialah  tindakan  masyarakat yang melakukan pembakaran secara terbuka tanpa kawalan sehingga menyebabkan keadaan jerebu menjadi-jadi. Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap atau bahan buangan sama ada individu ataupun pemilik kilang. Contohnya, sesetengah anggota masyarakat melakukan pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah mereka sendiri. Mereka telalu malas untuk membawa sampah sarap mereka ke tempat pembuangan sampah atau pusat pengitaran sampah semula. Begitu juga pemilik kilang kain, papan dan sebagainya bertindak membakar sendiri bahan buangan kilang mereka.  Mereka tidak betanggungjawab dan tidak mengambil kisah jika asap daripada pembakaran terbuka itu sedikit demi sedikit membawa kepada masalah jerebu.  Mereka juga tidak sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat sahaja tetapi akan ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat luas. Natijahnya, pembakaran terbuka ini mengakibatkan asap dilepaskan ke udara dan mengakibatkan jerebu.

      Tambahan pula,  peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan juga telah mengakibatkan masalah jerebu di Malaysia. Di Malaysia, terdapat 9.3 juta buah kenderaan di jalan raya dan telah menyebabkan 16.2 tan karbon monoksida dan dua tan sodium dioksida dikeluarkan setiap hari. Kesesakan lalu lintas menyebabkan keadaan jerebu bertambah parah kerana kenderaan tidak bergerak tetapi mengeluarkan asap yang mencemarkan udara.  Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya akan menyebabkan jumlah asap yang dikeluarkan dari paip ekzos kenderaan meningkat dan berlegar-legar di atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon serta tidak dapat keluar ke angkasa lepas.  Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal dan berlakulah jerebu di negara kita.

       Seterusnya,  pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian seperti kawasan perindustrian yang menggunakan minyak dan arang batu turut menjadi punca utama jerebu.   Sikap pengusaha kilang yang bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing menyebabkan asap-asap dari kilang dilepaskan ke udara dan telah mencemarkan udara di negara kita. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan alat penapisan asap untuk menapis asap yang dikeluarkan dari kilang mereka sedangkan asap-asap yang dikeluarkan ini mengandungi sulfur dioksida dan nitrogen yang boleh mengakibatkan udara menjadi berjerebu.  Situasi ini bertambah buruk apabila ada pihak pengusaha kilang yang memasang corong asap yang terlalu rendah sehingga menyalurkan asap beracun ke udara.  Contoh kawasan perindustrian ialah di Lembah Klang.
5.0Kesan akibat daripada jerebu

Memang tidak dinafikan juga, fenomena jerebu mendatangkan kesan negatif terutama terhadap tahap kesihatan rakyat di negara kita.   Antaranya ialah, jerebu boleh menjejaskan kesihatan rakyat terutamanya sistem pernafasan dan boleh menyebabkan penyakit asma, sakit kerongkong, selesema, batuk, nemonia dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung.  Hal ini berlaku kerana jerebu menyebabkan badan menjadi lemah dan imunisasi semakin rendah.  Oleh itu bilangan golongan tua dan kanak-kanak yang jatuh sakit berkaitan dengan sistem pernafasan telah meningkat mendadak akibat jerebu dan terpaksa menerima rawatan di hospital atau di klinik.

      Selain itu, kesan jerebu juga boleh mengurangkan jarak penglihatan . Keadaan ini berlaku disebabkan oleh komponen-komponen yang ada di dalam jerebu berupaya menyerap dan menyerakkan cahaya matahari .    Hal ini amat menakutkan kerana risiko kemalangan boleh berlaku seperti kapal terbang dan kapal laut atau kenderaan di jalan raya menjadi semakin besar .  Hal ini pernah terjadi pada kisah fenomena jerebu pada Ogos 2005 dimana kemalangan berlaku akibat asap jerebu yang terlalu tebal . Keadaan ini amat membahayakan keselamatan rakyat kerana kemalangan boleh mengakibatkan kemusnahan harta benda, kecederaan dan kehilangan nyawa.

         Tambahan pula, aktiviti harian masyarakat turut terjejas akibat masalah jerebu.  Apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada di tahap tidak sihat atau membahayakan, sebarang bentuk aktiviti luar tidak digalakkan.  Contohnya, di kawasan-kawasan yang dilanda jerebu, banyak sekolah terpaksa ditutup demi menjamin kesihatan pelajar.  Program-program dan acara luar seperti sukan, dibatalkan.  Keadaan ini menunjukkan bahawa masalah jerebu telah mengganggu aktiviti harian masyarakat di negara kita . Selain kemerosotan taraf kesihatan rakyat Malaysia, sektor ekonomi negara turut terjejas akibat fenomena jerebu yang berlaku di Malaysia . Tahap penglihatan yang rendah menyebabkan aktiviti luar disekat dan industri perikanan dan pertanian terpaksa dihentikan demi menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja . Rakyat Malaysia yang terlibat dalam bidang perikanan dan pertanian terpaksa mencari alternatif lain untuk mencari pendapatan buat sementara waktu .

      Asap jerebu  pula biasanya hilang selepas hujan turun. Namun begitu, hujan yang turun selepas fenomena jerebu berlaku akan memberikan kesan sampingan yang berpunca daripada hujan asid. Hujan ini seterusnya akan merosakkan tanaman dan tumbuhan, meningkatkan nilai keasidan tanah dan air sekaligus mengganggu keseimbangan dalam ekosistem seperti ekosistem akuatik, ekosistem hutan dan ekosistem muara . Hal ini telah menyusahkan petani umumnya kerana harus mengusahakan semula pertanian mereka agar kembali normal . Apabila masalah jerebu menjadi semakin meruncing, kesan negatif yang lebih serius akan timbul. Sumber pendapatan negara turut terancam akibat jerebu . Sumber pendapatan negeri-negeri yang berasaskan industri pelancongan seperti Sabah dan Sarawak akan merosot kerana industri pelancongan terjejas akibat jerebu. Para pelancong bukan sahaja dari dalam negeri malah dari negara asing tidak akan melawat ke Malaysia sekiranya jerebu masih berlaku di Malaysia kerana bimbang akan keselamatan dan kesihatan mereka semasa melancong ke Malaysia. Secara tidak langsung, ekonomi negara kita akan terjejas akibat jerebu.

6.0 Langkah-langkah serta usaha yang telah dilakukan oleh Malaysia bagi mengatasi masalah  jerebu           

Beberapa buah negeri telah dikenal pasti sebagai negeri yang paling teruk terjejas akibat jerebu terutamanya negeri Johor .  491 buah sekolah di beberpa daerah di Johor terpaksa ditutup .  Beberapa lapangan terbang juga ditutup manakala penerbangan dari Senai, Johor dijadual semula .  Paling membimbangkan, pesakit yang berkaitan pernafasan meningkat dengn mendadak .  Persoalannya, apakah langkah-langkah mengatasi masalah yang menjadi duri dalam daging bagi negara kita .

Memang tidak dinafikan,  tindakan segera untuk menghentikan pembakaran hutan secara terbuka dan secara besar-besaran diperlukan. Tindakan secara kolektif dengan penggunaan alat pemadam api yang canggih dan saintifik boleh membantu mengurangkan masalah jerebu. Di samping itu juga undang-undang ketat perlu dikenakan terhadap pihak atau syarikat tertentu yang sengaja membakar hutan untuk tujuan pertanian.

      Selain itu,  bahan pencemaran udara haruslah dikurangkan untuk mengelakkan masalah jerebu di negara kita. Kesesakan lalu lintas menambahkan karbón dioksida, karbón monoksida dan sebagainya yang menambahkan keadaan berjerebu. Oleh yang demikian, bilangan kenderaan yang menggunakan jalan raya , khususnya di kawasan-kawasan yang terlibat seperti Kuala Lumpur haruslah disekat atau dikurangkan . Seterusnya ,  jerebu boleh dihilangkan dengan usaha pembenihan awan bagi menurunkan hujan . Hujan adalah pembersih udara semula jadi yang terbaik . Pihak Jabatan Alam Sekitar telah bekerjasama dengan Puncak Niaga Sdn. Bhd telah melakukan beberapa siri pembenihan awan khususnya di sekitar Lembah Klang dan negeri Selangor .

      Tambahan pula, masalah jerebu juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Indeks Pencemaran Udara (IPU) untuk mengenal pasti kawasan yang bermasaalah dan mengambil tindakan susulan untuk mengatasi masalah jerebu. Pembacaan indeks haruslah dilakukan dari semasa ke semasa agar usaha mengehadkan kilang-kilang daripada pengeluaran asap atau gas yang berlebihan dapat diatasi . Masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama antara negara jiran dan pada peringkat global diperlukan untuk menangani masalah alam sekitar . Kerjasama boleh dilakukan dari segi perlindungan alam sekitar secara kolektif dan kajian saintifik dan kajian saintifik digiatkan untuk menangani masalah ini.

             Intihanya, semua pihak termasuklah rakyat Malaysia haruslah berganding bahu dalam menyelesaikan masalah jerebu di Malaysia, “bagai aur dengan tebing.” Sekiranya masalah ini dipandang mudah atau enteng , nyawa modal insan negara kita akan menjadi “seperti telur di hujung tanduk.” Sekiranya masalah jerebu di negara kita tidak diatasi dengan segera, lama-kelamaan kesan buruknya akan menjadi berpanjangan dan berkekalan serta sukar untuk diselesaikan dan ketika itu kita akan berasa menyesal tetapi “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi”.

            Antara usaha yang telah dilakukan oleh Malaysia umumnya Pihak Kementerian telah menghantar Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar , Datuk Sri G Palanivel ke Indonesia serta membincangkan cara menyelesaikan masalah jerebu . Dalam pembincangannya bersama kerajaan Indonesia ,  Malaysia bersedia membantu Indonesia dalam mengatasi masalah jerebu yang berlaku akhir-akhir ini . Selain itu , kerajaan telah menyeru kepada semua rakyat Malaysia dalam menjaga alam sekitar terutamanya persekitaran udara supaya masalah jerebu tidak berulang lagi .

7.0  Penutup

            Isu pencemaran alam sekitar ini iaitu isu jerebu merupakan satu masalah besar yang berlaku di peringkat Antarabangsa . Jerebu merupakan isu pencemaran udara yang telah menjadi satu kebiasaan di Negara Malaysia umumnya . Jerebu juga merupakan satu masalah yang memberi kesan negatif serta impak yang besar kepada Negara kita . Masalah jerebu telah menjadi duri dalam daging kepada Malaysia. Bagi menyelesaikan masalah jerebu yang merunsingkan ini, semua pihak harus bekerjasama dalam mengatasi masalah tersebut, sama seperti kata orang-orang tua, “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” . Pelbagai langkah perlu diambil demi mengelakkan masalah jerebu daripada berlaku lagi. Sekiranya Malaysia bebas daripada belenggu masalah jerebu, sudah pasti negara Malaysia dapat berkembang maju dalam semua bidang .


Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu “bagai aur dengan tebing” untuk mengatasi masalah jerebu ini.  Usaha ini sangat penting demi menjamin kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.  sebelum terlambat, sebelum nasi menjadi bubur, , pihak kerajaan terutamanya perlu mengorak langkah drastik bagi mengatasi masalah jerebu ini dari terus-menerus menghantui negara kita.  Rakyat yang sihat merupakan tonggak utama untuk memastikan kemajuan negara kerana  'Rakyat Sihat Negara Maju' .

Sunday, 8 September 2013

Apa hukum couple ?



               Okay, mari kita hayati jawapan ini. Semoga perkongsian ini membawa kebaikan kepada kita semua ye! Semua yang baik datangnya daripada Allah. 

BERCOUPLE BUKAN BUDAYA UMAT ISLAM YANG BERIMAN

BERCOUPLE, setiap kali kita mendengarnya akan terlintas di benak kita sepasang insan yang sedang mabuk cinta dan dilanda asmara. Saling mengungkapkan rasa sayang serta rindu, yang kemudiannya memasuki alam pernikahan.
Lalu kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah cinta itu fitrah setiap anak adam? Bukankah setiap orang memerlukan masa penyesuaian sebelum
pernikahan?

CINTA, Fitrah Setiap Manusia, MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan
membawa fitrah untuk mencintai lawan jenisnya. Sebagaimana firman-NYA; Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis
emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembali
yang baik(Syurga). (Ali Imran: 14).

Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan  jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain
fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada
wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)

Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang
beriman di syurga dengan bidadarinya.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata;
Rasulullah SAW bersabda; Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. (Hadis Riwayat Muslim,NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)

Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telah mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antara dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan  etika dan norma yang sesuai dengan syariat.

ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM.
1.Menundukkan pandangan:
ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman-NYA;Katakanlah kepada laki-laki yang
beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-Nuur: 30)
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada
kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dan katakanlah kepada wanita yang
beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-Nuur: 31)

2.Menutup Aurat;
ALLAH berfirman dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, 
kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (an-Nuur: 31)
Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (an-Nuur: 59).
Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang
lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.

3.Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita;
Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)

4.Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan;
Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya.(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW
bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian
berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya.(Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

5.Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan):
Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian
tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda)
sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di
dalam hatinya tetapi ucapkanlah
perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)
Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita
berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)

6.Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis;
Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita
yang tidak halal baginya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)
Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal
baginya. (Ash-Shohihah 1/448
Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH,
tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)

Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki  dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja
akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya
ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat
Bukhari, Muslim & Abu Daud)
Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman- NYA; Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk.
(al-Isra: 32)

Hukum Bercouple
SETELAH memerhatikan ayat dan hadis
tadi, maka tidak diragukan lagi bahawa bercouple
itu haram, kerana beberapa sebab berikut:

1.Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.
2.Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.
3.Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan
kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.
4.Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.
5.Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki dan wanita,
meskipun itu hanya berjabat tangan.
6.Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang
dicintainya.

Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut adalah lumrah dilakukan, padahal satu hal saja cukup untuk mengharamkannya, lalu apatah lagi kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi?

Fatwa Ulama
Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah. Jawab beliau; Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. 
Sebagaimana Rasulullah SAW bersada: Janganlah seorang lelaki bedua- duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.

Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin ditanya; Jika ada seseorang lelaki yang berkoresponden dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram?
Jawab beliau; Perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana koresponden semacam itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati
kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan, pembicaraan melalui telefon, serta perbuatan
semacamnya demimenjaga agama dan kehormatan dirinya.

Syeikh Jibrin juga ditanya; Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang juga belum menikah?
Jawab beliau; Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) dengan pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik melalui telefon atau lainnya).
Sebagaimana firman ALLAH SWT; Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya.
(al-Ahzaab: 32).
Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu tidak mengapa apabila selamat daripada fitnah, akan tetapi hanya sekadar keperluan.

Syubhat Dan Jawapan Yang Sebenarnya
Keharaman bercouple lebih jelas dari matahari di siang hari. Namun begitu masih ada yang berusaha menolaknya walaupun dengan dalil yang sangat rapuh, antaranya:

Tidak Boleh dikatakan semua cara bercouple itu haram, kerana mungkin ada orang yang bercouple mengikut landasan Islam, tanpa melanggar syariat

Jawabnya: Istilah bercouple berlandaskan Islam itu Cuma ada dalam khayalan, dan tidak pernah ada wujudnya. Anggap sajalah mereka boleh menghindari khalwat, menyentuh serta menutup aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh
menghindari dari saling memandang, atau saling membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa. Yang mana hal itu jelas haram berdasarkan dalil yang kukuh.

Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan, perlu untuk mengenal terlebih dahulu calon pasangan hidupnya, fizikal, karakter, yang mana hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa bercouple, kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum menikah akan jauh lebih ringan daripada
kalau terjadi setelah menikah.

Jawabnya: Memang, mengenal fizikal dan karakter calon isteri mahupun suami merupakan satu hal yang diperlukan sebelum memasuki alam pernikahan, agar tidak ada penyesalan di kemudian hari. Namun, tujuan ini tidak boleh digunakan untuk menghalalkan sesuatu yang telah sedia haramnya.

Ditambah lagi, bahawa orang yang sedang jatuh cinta akan berusaha bertanyakan segala yang baik dengan menutupi kekurangannya di hadapan
kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh cinta akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatan kekasihnya, sehingga akan melihat semua yang
dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat. Sebagaimana diriwayatkan dari Abu
Darda; Cintamu pada sesuatu membuatmu buta dan tuli.

Fenomena Couple
Dalam situasi terkini, fenomena pergaulan bebas dan pengabaian terhadap nilai-nilai murni Islam berlaku pada tahap yang amat membimbangkan. Kebanyakan umat Islam kini tidak lagi menitikberatkan nilai-nilai dan adab-adab sopan yang dianjurkan oleh Islam melalui al-Quran dan sunnah rasul-NYA. Mereka bukan setakat mengabaikannya dan menganggap perkara itu
tidak penting, bahkan mereka menganggapkannya sebagai satu perkara yang menyusahkan aktiviti mereka yang menurutkan nafsu dan perasaan semata-mata itu. Nauzubillah

Marilah kita sama-sama menjauhi perkara yang seumpama itu dan mejauhi hal-hal yang telah dilarang (haram). Tegakkanlah yang benar dan katakanlah salah kepada yang batil. Janganlah berhujah untuk membenarkan perkara yang telah terang haramnya di sisi ALLAH.

Apa yang saya belajar mengenai perpaduan dan mengaitkan dengan sejarah ......

                Menurut Abdul Rahman Abdul Rashid (1989), sejarah mengajar kita supaya tidak mengulangi kesalahan dan kelemahan yang menjadikan sesebuah negara itu mudah dijajah pemikiran, budaya dan negaranya . Sistem pendidikan , melalui sistem persekolahan, merupakan elemen yang penting bagi sesebuah negara dalam usaha menuju ke arah membangunkan masyarakat dari segi ekonomi, politik, dan sosial.  Sistem persekolahan bukan sahaja berperanan untuk memberi pelajaran kepada masyarakat semata-mata, bahkan ia merupakan saluran untuk menyampaikan kepada rakyat berkenaan dengan wadah perjuangan negara yang sangat mementingkan nilai-nilai murni dalam masyarakat berbilang kaum demi mencapai perpaduan. Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, agama, dan adat resam di mana ia dikenali sebagai masyarakat majmuk. Pelaksanaan sistem pendidikan yang dijalankan perlu mengikut keperluan dan kesesuaian masyarakat Malaysia. Malah Pendidikan Sejarah merupakan salah satu mata pelajaran yang penting untuk memupuk semangat patriotisme dan perpaduan dalam diri setiap pelajar , guru , ibubapa dan masyarakat setempat yang lain .Mungkin orang yang lebih tua daripada kita tidak sempat mempelajari Pendidikan Sejarah di sekolah akan tetapi semangat patriotisme serta peristiwa-peristiwa yang memberi sejarah kepada negara kita telah dapat menyedarkan mereka apa maksud perpaduan yang sebenar . Persoalannya ialah sejauh mana Pendidikan Sejarah berjaya memupuk perpaduan dan menyatupadukan masyarakat serta membina Negara Bangsa?

           Pendidikan Sejarah yang diajar di sekolah ataupun di tempat awam yang lain dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap peristiwa sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan persefahaman . Tanggal 13 Mei 1969 tercetus satu detik hitam dalam lipatan Sejarah Negara . Pertelingkahan kaum yang berlaku telah mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda. Ia mempunyai kaitan rapat dengan Pilihanraya Umum 1969 dan merupakan puncak manifestasi masalah perpaduan kaum di Malaysia. Dalam pilihanraya tahun tersebut banyak isu sensitif telah dibangkitkan dan ditimbulkan seperti bahasa kebangsaan , kedudukan istimewa orang Melayu dan hak kerakyatan orang bukan Melayu . Dalam pilihanraya tahun 1969 , Parti Perikatan gagal memperolehi majorirti dua per tiga dalam Dewan Rakyat manakala Parti Gerakan Dan DAP yang berjaya memperolehi sebanyak 25 kerusi telah mengadakan perarakan di Kuala Lumpur sambil menghina bangsa Melayu. Hal ini memberikan tamparan hebat kepada orang Melayu dan akhirnya UMNO telah mengadakan perarakan balas sebagai bantahan terhadap penghinaan parti DAP dan Gerakan. Dalam suasana tegang dan penuh emosi maka tercetuslah peristiwa 13 Mei 1969.  Peristiwa tersebut telah mengorbankan ramai orang dan telah mengakibatkan kerugian harta benda yang banyak. Ia juga telah menyebabkan negara kita telah menjadi tumpuan dunia. Sebenarnya, masalah 13 Mei ini merupakan masalah perpaduan yang telah lama berakar umbi dalam masyarakat majmuk Malaysia sebelum tahun 1969 lagi . Masalah ini telah disebabkan oleh British yang telah memainkan peranan yang cukup besar untuk mewujudkan keadaan sedemikian rupa .  Setelah peristiwa itu berlaku baru wujudnya Dasar Ekonomi Baharu serta Rukun Negara sebagai satu ikrar yang harus dipatuhi untuk menyelesaikan masalah perpaduan ini . Apa yang boleh saya jelaskan di sini adalah kesedaran tentang pentingnya perpaduan dan pembinaan Negara Bangsa bermula selepas peristiwa hitam 13 Mei 1969 . Tegasnya , Pendidikan Sejarah juga dapat mewujudkan persefahaman antara kaum akan kesedaran yang diambil dari peristiwa rusuhan kaum sehingga berjaya menyatupadukan masyarakat dan membina Negara Bangsa.

              Berdasarkan Hj . Dr Syed Ibrahim(2012) berkaitan  sejarah kemerdekaan negara kita , penjuang kemerdekaan dahulu begitu memainkan aspek yang besar dalam memperjuangkan kemerdekaan di negara kita . Kita perlu tengok kebelakang dan memperbaiki serta menambah  nilai untuk masa depan yang lebih gemilang . Kejatuhan sesuatu bangsa juga disebabkan kurangnya mengkaji sejarah terdahulu . Kita ambil sedikit contoh mengenai mereka yang telah memperjuangkan kemerdekaan seperti Mat Salleh . Mat Salleh ini merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam memberi tentangan yang hebat kepada penjajahan Inggeris di Sabah . Detik perjuangan Datu Mat Salleh menentang pencerobohan dan keganasan Syarikat Hindia Timur Inggeris bermula pada bulan Julai 1897 . Dalam masa pertempuran itu , Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun menemui ajalnya pada 31 Januari 1900 . Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang pemberontak, tetapi bagi rakyat tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan . Pada pendapat saya , Mat Salleh merupakan seorang pejuang yang berani dan sanggup mengorbankan nyawanya demi untuk membebaskan negerinya daripada dijajah British . Tegasnya , apabila kita mempelajari pendidikan sejarah , kita dapat bersyukur mempunyai pejuang kemerdekaan yang sanggup bergadai nyawa demi memerdekakan negeri-negeri mereka daripada penjajah . Selain itu , semangat patriotisme dan perpaduan antara masyarakat semakin utuh kerana menghargai jasa pengorbanan penjuang-penjuang kemerdekaan seperti Mat Salleh , Tok Janggut . Rentap dan sebagainya . Oleh itu , apabila kita mempelajari Pendidikan Sejarah , kita akan belajar mengenai penjuang-penjuang kemerdekaan  sekaligus dapat memupuk perpaduan dan pembinaan masyarakat yang bersatu padu dan membina Negara Bangsa yang wujud sehingga ke hari ini .   

         Menurut Dr Ishak Saat (2009) ,  Pendidikan Sejarah yang terdapat di Malaysia, memainkan peranan yang penting bukan sahaja bertujuan memenuhi keperluan manusia tetapi juga untuk meningkatkan perpaduan antara kaum. Sesungguhnya pendidikan yang ada pada hari ini telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi negara untuk mewujudkan perpaduan kaum dan integrasi nasional dalam kalangan masyarakat di negara ini  . Cuma masalah dari segi sekolah vernakular yang belum terhapus , akan tetapi perpaduan dan pembinaan Negara Bangsa telah berjaya di Malaysia buktinya sehingga kini Malaysia masih aman . Pembinaan Negara Bangsa telah berjaya sehingga kini kerana telah lahirnya pelbagai bangsa di Malaysia seperti Melayu , Cina, India dan lain-lain . Dari sudut perpaduan mungkin ianya belum berjaya lagi kerana sekolah-sekolah vernakular menjadi penghalang kepada perpaduan . Mungkin secara logiknya, perpaduan mungkin telah tercapai kepada sesetengah masyarakat, akan tetapi sekolah vernakular ini sepatutnya dihapuskan agar kanak-kanak mahupun remaja sudah mengerti erti perpaduan dengan lebih dekat semenjak kecil lagi melalui pengenalan mereka bersama masyarakat daripada pelbagai bangsa.. Tetapi kita masih bersyukur kerana bahasa pengantar adalah Bahasa Melayu , iaitu bahasa yang menyatukan kita semua . Apa yang saya maksudkan ialah jikalau Malaysia menjadikan semua bahasa sebagai bahasa pengantar maka sampai bila-bila kita tidak akan dapat berkomunikasi dengan masyarakat selain daripada kaum kita sendiri  . Oleh itu , apabila Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar kepada Pendidikan Sejarah dan juga di Malaysia , ianya dapat memupuk perpaduan dan menyatupadukan masyarakat  sekaligus membina Negara Bangsa .

                  Menurut Maruwiah Ahmat (2010) , Mata Pelajaran Sejarah dapat memupuk jati diri, akal budi, semangat cintakan tanah air yang mendalam kepada setiap pelajar. Ia juga mempunyai kaitan dengan prinsip kedua dan ketiga dalam Rukun Negara iaitu melalui mata pelajaran Sejarah akan dapat memupuk kesetiaan kepada raja dan negara serta memahami keluhuran perlembagaan . Melalui pendidikan Sejarah juga seseorang itu akan memahami keluhuran perlembagaan negara yang memberi perlindungan kepada setiap anggota masyarakat di negara ini dari segi melindungi hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara . Selain itu, dapat memahami bagaimana negara ini mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 . Perlembagaan juga meletakkan rasa tanggungjawab dan kewajipan warga negara yang mendukungnya . Sejajar dengan itu, masyarakat harus menghormati, menghargai serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang penggubalannya bagi memastikan Malaysia terus aman, makmur dan maju dalam segenap bidang . Oleh sebab Perlembagaan Negara digubal berasaskan kesepakatan semua kaum di negara ini, maka ia merupakan kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat mana-mana pihak . Perlembagaan Negara juga adalah sumber rujukan kepada semua perkara berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio ekonomi rakyat  Malaysia . Mereka yang tidak memahami sejarah sahaja akan mempertikaikannya . Maka apabila pendidikan sejarah berjaya disampaikan kepada setiap penjuru individu hingga sampai kepada lubuk hati mereka , ia berjaya mewujudkan perpaduan dan masyarakat yang bersatu padu sekaligus membina sebuah Negara Bangsa .

            Pendidikan Sejarah juga mengajar kita supaya tidak mengulangi kesilapan yang pernah kita alami sebelumnya . Kita mengambil contoh bagaimana Pulau Pinang dirampas oleh British daripada Negeri Kedah dengan secara tidak disedari . Kedudukan Pulau Pinang di permulaan Selat Melaka telah membangkit minat Syarikat Hindia-Timur British untuk menggunakannya sebagai sebuah pelabuhan untuk kapal-kapal perdagangannya dan juga sebagai sebuah pangkalan tentera laut untuk menentang cita-cita orang Perancis di wilayah . Tanpa pengetahuan Sultan Muhammad Jiwa, Francis Light telah membuat perjanjian pemberian perlindungan askar tanpa kebenaran Syarikat Hindia-Timur British. Apabila syarikat gagal dalam membantu Kedah sewaktu ia diserang oleh Siam, Sultan Kedah cuba mengambil kembali Pulau Pinang pada 1790. Malangnya , pencubaan itu gagal dan Sultan Muhammad Jiwa terpaksa menyerah hak kepada SHTI dengan hanya bayaran kehormat sebanyak 6,000 dolar Sepanyol setahun. Bayaran ini dinaikkan kepada 10,000 dolar kemudian , dengan penyerahan Seberang Perai (Province Wellesley) pada 1800. Sehingga hari ini, pembayaran diteruskan oleh kerajaan pusat Malaysia yang membuat pembayaran kepada negeri Kedah . Pada 1826, negeri Pulau Pinang, bersama-sama dengan Melaka dan Singapura, menjadi sebahagian Kawasan Penempatan Selat di bawah pentadbiran British di India . Kesimpulan daripada peristiwa tersebut telah menunjukkan bahawa kita perlu  menyelidik dahulu siapa sebenarnya orang yang sedang membuat perjanjian dengan negeri kita dan impak selepas membuat perjanjian supaya negeri atau negara kita sendiri tidak dianiaya seperti itu lagi . Tegasnya , iktibar dari peristiwa yang lepas penting dalam Pendidikan Sejarah supaya seluruh masyarakat  tidak mengulangi perkara hitam yang sama .  Oleh itu , perpaduan dan pembinaan masyarakat yang bersatu padu dapat dipupuk serta dapat membina Negara Bangsa apabila seluruh komuniti masyarakat berhati-hati dalam berhubungan dengan orang dalam dan orang luar yang cuba menjajah kita mahupun menjajah pemikiran dan Negara kita sendiri .

        Kesimpulannya , Pendidikan Sejarah mampu memupuk perpaduan dan menyatupadukan masyarakat yang bersatu padu dan membina Negara Bangsa kerana Pendidikan Sejarah sendiri mempunyai peristiwa-peristiwa sebelum dan selepas kemerdekaan serta mengandungi pelbagai iktibar dan pengalaman yang pahit sebelum Negara Malaysia menjadi aman sehingga kini . Saya berani menyatakan bahawa negara kita sendiri sudah terlihat tanda-tanda diskriminasi kaum selepas Pilihanraya Umum ke-13 . Akan tetapi ianya berlaku kepada mereka yang terlalu obses terhadap pemimpin-pemimpin yang mereka sokong sahaja . Perkara ini hanya berlaku semasa beberapa bulan sebelum PRU ke-13 berlansung dan beberapa minggu selepas PRU ini terlaksana . Setelah itu , keadaan menjadi seperti biasa semula , dan saya dapat lihat sendiri masyarakat sudah boleh bersatu semula amnya di kawasan perumahan saya sendiri. Saya juga berpendapat bahawa dengan bersatunya pelbagai kaum dan masyarakat di Malaysia , perpaduan dan pembinaan masyarakat yang bersatu padu dan membina sebuah Negara Bangsa dapat dipupuk hasil dengan mempelajari dan menghayati Pendidikan Sejarah dengan mata hati . Umumnya , pembinaan perpaduan di Malaysia bermula selepas rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 yang menyaksikan pertumpahan darah di antara kaum  . Ini telah membuka mata pelbagai pihak tentang kepentingan untuk menjaga sensitiviti yang terdapat dalam masyarakat majmuk . Menyentuh satu peribahasa yang sinonim dengan esei yang berkaitan perpaduan dan pembinaan Negara Bangsa iaitu ‘ bersatu kita teguh , bercerai kita roboh ‘ . Ianya bermaksud kita harus bersatu padu dengan pelbagai kaum agar muafakat dapat dicapai dan pergaduhan dan salah faham dapat dielakkan .